Monday, August 17, 2009

PPSMI: Semua Tak Kena

Bermulalah satu episod kecelaruan mencari identiti dalam konteks negara maju Malaysia iaitu dengan meujudkan satu alihan baru yang diberi nama PPSMI, maka berkajang-kajanglah kertas kerja dan bertimbun pula draf-draf yang dihasilkan untuk menafsir, mengulas dan menerjemahkan apakah bentuk yang dikehendaki oleh kepala negara ketika itu. Rakyat tertunggu-tunggu, akhirnya diumumkan nama timangan yang comel PPSMI namanya. Rentetan dari itu, maka maka makin banyak guru yang diperlukan dalam merealisasikan impian tersebut, lalu dibuatkan satu kursus khas untuk tujuan tersebut. Guru-guru yang terlibat gembira bukan kepalang apabila dijanjikan elaun 10% dan ini termasuklah guru yang mengajar subjek BI sendiri. Pembangkang diluar sana dah mula riuh rendah, ibubapa yang dikampung dah mula susah hati kumpul duit nak beli buku rujukan bahasa inggeris agar anak mereka tak ketinggalan dan sama-sama berjaya dalam kehidupan. PPSMI pun mulalah dilaksanakan. Disatu sekolah, seorang guru cuba untuk bercakap inggeris,'How are you today?' anak murid menjawab 'fine, thank you sir!' terkedu cikgu kerana dijawab dengan laju sedangkan dirinya terkial-kial nak menyoal. Satu hari guru data sekolah ingin menguruskan data PPSMI untuk guru PPSMI lalu dia terlihat keputusan SPM guru yang mengajar PPSMI dan didapatinya subjek Inggeris tidak ada dalam sijil, malah ada juga yang tidak ada subjek matematik dan sains, terfikir guru data tersebut tentang bagaimanakah guru tersebut boleh mengajar subjek PPSMI?. Guru-guru yang mendapat dibawah agregat 7 SPM dikehendaki mengambil ujian, setelah keluar keputusan guru data mula mengira peratus kelulusan guru dan didapatinya 90% adalah guru yang mendapat band 1&2 manakala selebihnya mendapat 3 sahaja. Rakyat mula cerdik dengan dunia pendidikan, masing-masing mengeluarkan pendapat tak ubah macam pak menteri, tapi para pembesar negara tetap dengan pendirian untuk menruskan PPSMI kerana mereka mendakwa keputusan semakin meningkat. continued.... Pimpinan negara mula bertukar tangan,

1 comment:

  1. salam ziarah cikgu...
    t. kasih melawat ke blog saya pd 17 julai,
    sy br perasan hr ini...

    ReplyDelete