Thursday, August 13, 2009

KHASIAT KULIT MANGGIS

• Terdapat banyak bahan bacaan yang disediakan di dalam bahasa inggeris mengenai buah manggis (”Mangosteen”). Kalau di Kelantan, Malaysia buah manggis juga dikenali sebagai buah se’ta (Setto). Ejaan sebenar adalah agak sukar dikenalpasti kerana bergantung kepada sebutan. En. Halim Yazid mengabadikan keunikan buah manggis di dalam sebuah lagu dikir-barat yang dinamakan “Amy Ngan Wah Setto”. Laman ini harap dapat menjadi salah satu dari sumber maklumat bagi buah manggis, terutama bagi kegunaan mereka yang tidak dapat memahami bahasa inggeris. Sekiranya terdapat maklumat yang anda fikirkan dapat memperkemaskan laman ini harap hantar maklumat ke namakuza.blogspot.com
Manggis dikenali dengan pelbagai nama iaitu: manggis, mangostan, masetor, dan sementah. Kulit buah manggis agak keras dan dengan garispusat 4-6 cm. Buah manggis terdiri daripada isi warna putih yang berukur garispusat 3-5 cm. Bergantung kepada saiz dan masak, ia mungkin berbiji.
Rasa manggis boleh dibandingkan dengan strawberi putik dengan rasa-rasa manis limau. Buah manggis jarang dijual di negara Barat kecuali di kedai runcit Asia. Kulit manggis menghasilkan warna merah, dan amat sukar ditanggalkan.
Manggis dibuka dengan mengopek bukannya dipotong. Buah manggis dipegang dengan kedua belah tangan, ditekan perlahan-lahan sehingga kulitnya terbelah (Mengikut loghat Kelantan “cekoh”). Selepas itu, ianya mudah untuk membuka dan mengambil isinya. [Dipetik dari ms.wikipedia.org].
KHASIAT
Buah manggis (”Mangosteen” kaya dengan Xanthones yang merupakan sejenis “antioxidant”. Buah ini dikatakan boleh membantu memulihkan sistem imunisasi badan.[Dipetik dari ms.wikipedia.org]
- Anda mesti sedia maklum bahawa buah durian adalah the ‘King of Fruits’ tetapi tahukah anda buah manggis ini adalah the ‘Queen of Fruits’?
- Jadi apa kata kalau kita mengenali dengan lebih dekat apa yang dikatakan buah manggis?

- Menurut sumber yang dipetik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/manggis, manggis atau nama saintifiknya (Garcinia Mangostana) adalah pokok tropika malar hijau dan dipercayai berasal dari Kepulauan Sunda dan Maluku. Pokok manggis boleh tumbuh dari 7 hingga 25 meter dan menghasilkan buah berwarna ungu pekat yang boleh dimakan.
- Kulit manggis menghasilkan warna merah, dan amat sukar ditanggalkan. Manggis dibuka dengan mengopek bukannya dipotong. Buah manggis dipegang dengan kedua belah tangan, ditekan perlahan-lahan sehingga kulitnya terbelah. Selepas itu, ianya mudah untuk dibuka dan mengambil isinya.
- Baiklah, itu adalah artikel yang dipetik dari wikipedia. Mengenai khasiat pula, ianya amat berkhasiat terutama di bahagian kulit dalam manggis dan biji buah manggis. Secara tradisi kulit manggis dilumat-lumat dan digunakan untuk merawat penyakit seperti malaria, tibi, penyakit kulit, cirit-birit dan dysentry. Di Thailand, buah manggis dijemur dan dikeringkan untuk membuat bahan kosmetik seperti syampu, sabun untuk menghaluskan kulit dan mencegah penyakit kulit.
- Khasiat xantona iaitu bahan aktif dalam buah manggis dapat membantu pelbagai jenis masalah seperti alergi, resdung, lelah, pelbagai penyakit kulit seperti eczema, gatal-gatal, psoriasis, seborrhea, jangkitan kulat, luka-luka yang biasa pada mulut, melecur, selepas pembedahan, penyakit darah tinggi, kencing manis, lebihan kolesterol , keletihan, kekurangan darah, ulser, gastrik, saluran usus yang bengkak dan InsyaAllah pelbagai lagi masalah.
- Seterusnya kita lihat pula kajian yang dibuat oleh para saintis berkaitan kandungan anti-oksida yang ada padanya berbanding buah-buah yang lain.


- Jadi, nampak tak kandungan buah-buahan yang paling tertinggi. Tak sangka betul. Selama ni asyik membaca pasal kelebihan buah-buahan yang lain, tidak disangka buah-buahan tempatan kita adalah champion kepada semuanya. Tahniah manggis, tahniah..!!

Untuk itu shamelin2u.com menawarkan produk Jus Manggis yang mampu memberi kebaikan terutama dalam menghadapi penyakit kronik seperti barah, gout, kencing manis, darah tinggi dan seumpamanya. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi saya melalui namakuza@gmail.com.

No comments:

Post a Comment