Thursday, August 27, 2009

Anti oksida: Fungsi serta Kehebatan yang ditemui

1)Antioksida perlahan proses penuaan

Oleh Dr Noordin Darus (Doktor Perubatan lulusan Universiti Malaya dan London University)
dnd@worldwellness.com.my


KITA berjumpa lagi pada minggu ini. Adakah anda masih ingat artikel saya mengenai zarah radikal bebas? Jika anda terlupa, zarah radikal bebas disebabkan tekanan mental, pencemaran, merokok, racun perosak dan sinaran.

Zarah radikal bebas dimasukkan ke tubuh kita apabila kita menghirup oksigen yang pada masa sama melalui perubahan kimia, seperti pencemaran, asap rokok dan sebagainya. Ia mampu memberikan kesan negatif seperti mendatangkan pelbagai penyakit.

Berita baik, wujudnya pemusnah bagi zarah radikal bebas. Zarah radikal bebas yang sangat tidak stabil akan terjadi ketika proses pengoksidaan, apabila ia memasuki tubuh kita, ia akan menukarkan lemak dan lipid dalam badan kepada bahan yang boleh merosakkan sel sihat yang menyebabkan anda uzur dan tua. Oleh yang demikian cara terbaik melawan zarah radikal bebas itu adalah dengan mengawal proses pengoksidaan itu sendiri.

Antioksida adalah penawar semula jadi kepada ancaman itu yang banyak diperkatakan. Sebenarnya ia adalah bahan yang boleh mengawal dan menyingkir radikal bebas pemusnah itu, yang akan memperkukuhkan ketahanan sel anda. Bahan hebat itu membantu merangsang pembaikan sel dengan pantas dan juga dapat membaiki DNA yang dirosakkan zarah radikal bebas itu.

Di samping manfaat kesihatan, antioksida itu juga terbukti dapat memperlahankan proses penuaan serta meremajakan dan memanjangkan zaman muda. Dengan mencari dan meneutralisasikan zarah radikal bebas, antioksida bertindak sebagai pengemas rumah dalaman badan.

Pada hakikatnya, antioksida berkesan sebagai penghapus zarah radikal bebas sehingga mereka sering dapat mengatasi sesuatu masalah sebelum apa-apa kerosakan molekul berlaku. Dengan demikian, antioksida boleh dipanggil pengawet muda dalaman badan manusia.

Antioksida juga memainkan peranan penting dalam membina dan mengekalkan kekebalan badan. Antioksida menggalakkan gerak balas dalaman yang meningkatkan kebolehan badan untuk menangkis organisma pembawa penyakit yang menyerang badan seperti bakteria dan virus serta organisma lain yang menyumbang kepada proses penuaan.

Dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang dan memasukkan pelbagai makanan yang kaya dengan antioksida dalam menu harian, anda dapat membekalkan badan dengan bekalan antioksida secukupnya tanpa sebarang masalah.

Memandangkan makanan itu mudah didapati, tidak ada alasan untuk tidak memasukkannya dalam pemakanan dan dalam rancangan anda untuk hidup dengan sihat. Dua contoh makanan atau zat makanan yang kaya dengan antioksida:

1. Beta-karotena

Pelopor Vitamin A, beta-karotena adalah suatu anti-pengoksida yang sangat berkesan. Ia didapati dalam makanan yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan dan sangat berkesan untuk menghilangkan zarah oksigen tunggal atau bahan buangan beracun.

Sumber makanan adalah:

betik
ubi keledek
tembikai
sayur-sayuran hijau yang lain
karot, brokoli.

2. Vitamin C

Juga dikenali sebagai asid askorbik, diperlukan untuk membaiki kerosakan molekul akibat kesilapan mutasi somatik yang mengubah sel anda sehingga menyebabkan kerosakan dalaman organ penting dan mengakibatkan permulaan proses penuaan melalui pembentukan zarah radikal bebas. Vitamin itu menggunakan kolagen, suatu "imen" semula jadi yang dihasilkan daripada kerosakan sel. Vitamin C juga diperlukan untuk mencegah pengoksidaan makanan berlemak.

Sumber makanan adalah:
Strawberi
Brokoli
Kubis
Buah dan jus sitrus
Jambu batu

Sumber makanan yang disenaraikan di atas kaya dengan antioksida dan jika anda ingin kekal mempunyai tubuh badan sihat, cara terbaik ialah amalkan pemakanan sihat dengan mengambil pelbagai zat makanan berkhasiat. Sehingga kita berjumpa lagi dua minggu akan datang dengan topik yang lain. Sebarang pertanyaan sila hubungi dnd@worldwellness.com.my atau telefon ke 03-77887791.

2)EKSTRAK POME
Sejak dulu lagi, bahagian yang paling bernilai bagi buah kelapa sawit adalah minyaknya. Selain daripadanya dianggap hampas. Sekitar tahun 1990-an, ramai penyelidik telah mula melakukan berbagai ujikaji menggunakan hasil buangan kelapa sawit dengan tujuan mengurangkan pembaziran sisa buangan. Hasil kumbahan kilang memproses buah sawit atau POME adalah salah satunya. Ianya adalah sisa yang tertinggal daripada buah sawit selepas minyaknya diekstrakkan. Cecair perang kehitaman ini diklasifikasikan sebagai sisa buangan perindustrian, dan mahal untuk membuangnya tanpa mencemar keadaan sekeliling.

Dr. Tan, Dr. Sundram dan Dr. Ravigadevi telah memulakan ujian-ujian makmal ke atas POME di dalam bidang mereka masing-masing (teknologi kimia, bidang pemakanan dan bioteknologi). Objektif mereka adalah menceraikan sifat-sifat kimia POME. Selepas tiga tahun berlalu, mereka dapati bahawasanya POME mengandungi kandungan anti-oksida larut air yang tinggi. Anti-oksida telah lama diketahui dapat menghalang sel-sel kanser dari merebak, melawan penyakit jantung, mengekal ketengangan kulit dan memelihara makanan.
Mereka tidak pernah menyangka penemuan sebegini besar. 90% daripada tikus yang disuntik dengan sel kanser dan ekstrak POME, tidak ada tanda barah, padahal 90% daripada tikus yang disuntik hanya dengan sel kanser, telah menghidapi barah. Ujikaji telah menunjukkan keputusan yang sangat positif. Kandungan anti-oksida larut air yang tinggi di dalam POME adalah punca kejayaannya.

Lembaga Kelapa Sawit Malaysia telah mendapat rakan kongsi untuk mengkomersialisasikan inovasi ini di Malaysia dan di luar negara. Ekstrak POME akan diperkenalkan pada permulaannya sebagai minuman kesihatan. Hanya selepas kajian yang lebih mendalam, ianya akan diniagakan sebagai produk perubatan.

3) Manjakani,
dianggap sebagai buah `ajaib', dihasilkan melalui proses metamorfosis apabila sejenis serangga penyengat yang hinggap dan menetaskan telurnya di atas daun pokok oak. Telur yang menetas menghasilkan enzim-enzim yang merangsang bekalan makanan pada sel-sel daun sehingga terbentuknya satu bebola keras yang dipanggil Manjakani.

Manjakani telah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional sejak berkurun lamanya oleh orang-orang Arab , Iran , India , Cina dan Melayu. Malah ia dipercayai telah mula digunakan sejak 2725 Sebelum Masehi oleh orang-orang Mesir Purba. Kajian menunjukkan bahawa Manjakani kaya dengan tannin, asid tanik, anti-oksida, vitamin (terutama vitamin A dan C), kalsium, serat, protein, zat besi dan karbohidrat. Manjakani juga mengandungi unsur-unsur seperti astrigen, anti-mikrobial, anti-inflamasi, anti-oksida dan anti-radang.

Manjakani sering digunakan untuk tujuan-tujuan berikut dalam perubatan:

Awet muda: Anti-oksida dalam Manjakani boleh melambatkan proses penuaan sel;
Pencegahan kencing manis: Asid Galik boleh mencegah kencing manis dan lelah;
Pencegahan barah payudara dan rahim: Anti-oksida dalam Manjakani boleh mencegah barah buah dada dan barah rahim;
Pencegahan bau yang tidak diingini: Manjakani yang bersifat astrigen boleh membasmi kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj;
Merawat otot-otot dalam faraj: Tannin yang terdapat dalam Manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula;
Mengawal lendir dan lelehan faraj: Astrigen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas;
Mengecutkan semula tisu-tisu: Astrigen membantu mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutama selepas bersalin;
Menegang dan mencantikkan kulit: Astrigen boleh mencantikkan kulit dan mencegah masalah kulit muka seperti jerawat;
Mata yang sihat: Astrigen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia dapat mengecutkan tisu-tisu mata;
Merawat payudara: Oleh kerana Manjakani dapat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan mengambil minuman Manjakani dapat memperbaiki payudara yang hilang sifat keanjalannya;
Gigi dan tulang: Kalsium dalam Manjakani dapat membantu menguatkan gigi dan tulang;
Mulut: Astrigen dalam Manjakani dapat mengekalkan kebersihan mulut;
Kulit kering dan berminyak: Astrigen dapat mengekal dan mengawal keseimbangan lembapan kulit;
Merawat ulser: Amalan meminum Manjakani juga dapat membantu merawat penyakit ulser;
Melawaskan pembuangan air kerana Manjakani mempunyai serat makanan yang tinggi.
Vitamin, zat galian serta karbohidrat dan protein boleh membantu memberi kesihatan yang baik.
Mengetahui khasiat Manjakani, LEESA FORMULA telah memformulasikan satu rangkaian produk berasaskan Manjakani yang menggunakan sepenuhnya anugerah terbaik alam semulajadi itu untuk kebaikan kesihatan dalaman dan kejelitaan luaran wanita iaitu rangkaian produk INTIMATE SWEETHEART yang terdiri dari Intimate Drink, Intimate Powder, Intimate Wash dan Tongkat Rapat Herba.

4) Lancarkan Pengaliran Haid Anda
Assalamualaikum…

Perempuan. Semestinya tidak asing lagi dengan perihal ‘datang bulan’. Sebaik sahaja golongan perempuan akil baligh, golongan perempuan dikatakan memasuki alam baru iaitu alam kematangan. Kehadiran akil baligh seolah-olah membawa mereka ke dunia baru. Dunia selepas dunia kanak-kanak riang.

Pada ketika inilah, amat penting untuk seseorang perempuan menjaga kebersihan bahagian sulitnya kerana ia melibatkan ‘darah kotor’ dan juga bahagian yang paling sensitif serta mudah terkena jangkitan kuman. Selain itu, terdapat pelbagai ‘pantang larang’ yang perlu dipatuhi untuk memastikan kesihatan, kebersihan dan kecantikan bahagian tersebut sentiasa terjaga.

Tahukah anda bahawa amatlah penting untuk anda memastikan pengaliran haid anda berjalan dengan lancar? Sekiranya darah kotor ketika haid tidak keluar sehingga habis atau tidak lawas atau juga masih tertinggal saki baki darah kotor di dalam rahim, anda mungkin berisiko menghidapi fibroid. Selain itu, gangguan perjalanan darah haid dan kemandulan juga m, Secara ringkasnya, fibroid merupakan sejenis ketumbuhan atau tumor yang berada di dalam rahim perempuan. Banyak fakta yang boleh anda ketahui mengenai fibroid di internet. Namun, apa yang saya ingin tekankan di sini ialah bagaimana cara untuk memastikan perjalanan darah haid lancar dan sekaligus dapat mengelakkan simptom fibroid.

Oleh itu, saya menggalakkan para wanita untuk mengamalkan pengambilan buah-buahan yang kaya dengan anti-0ksida ketika sedang mengalami haid. Seperti rutin saya ketika ‘datang bulan’, saya akan mengamalkan pengambilan buah tomato kerana tomato adalah salah satu buah-buahan yang mengandungi anti-oksida dan saya juga sangat menggemari tomato. Kenapa anda perlu mengambil buah-buahan yang kaya dengan anti-oksida? Berikut ialah fungsi dan kelebihan anti-oksida untuk tubuh badan kita :

Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan
Melancarkan perjalanan darah
Menghalang pembengkakan dan keradangan
Bertindak sebagai bahan anti bakteria,anti virus, anti kanser dan pelindung kepada alahan
Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah
…dan banyak lagi. Tapi, kelebihan yang saya tekankan di sini ialah kelebihan untuk kesihatan rahim anda, lebih-lebih lagi, ketika proses menstruasi/’datang bulan’ anda. Selain itu, pastikan anda tidak menjadikan minuman berais sebagai rutin harian anda. Ia bukan sahaja tidak sihat untuk rahim tetapi ia juga tidak sihat untuk tenaga batin. Saya tahu anda faham.

6)Apa itu anti-oksida ?

Pengoksidaan adalah proses semula jadi dalam tubuh. Umumnya, tumbuh-tumbuhan akan melepaskan oksigen untuk digunakan oleh manusia. Manakala manusia pula akan melepaskan karbon dioksida untuk digunakan oleh tumbuhan.Bagaimanapun, gaya hidup dan keadaan persekitaran yang tidak sihat seperti merokok dan pengeluaran asap berlebihan telah menyebabkan tubuh kita cepat kehilangan vitamin penting yang menjadi agen anti-oksida. Hal ini penting untuk memastikan kesihatan sel-sel dalam tubuh.Sikap tidak gemarkan makan makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan turut menyumbang kepada masalah kekurangan vitamin yang teruk. Jadi untuk mengatasi kekurangan vitamin ini, penggunaan pil adalah penting terutama vitamin C dan E. Kedua-duanya adalah penting sebagai agen anti oksida yang menghalang pembentukan radikal bebas.Pembentukan radikal bebas ialah kesan sampingan fungsi mitokondria yang tidak dapat dielakkan, tetapi penghasilan ini turut mempengaruhi mutasi mitokondria (pembahagian mitokondria tidak normal)Mutasi meningkat mengikut peredaran masa, akibat toksin pada persekitaran, radiasi, penyakit berpunca daripada bahan kimia, bahan tambahan di dalam makanan dan kemungkinan tekanan emosi. Apabila mutasi banyak berlaku maka banyaklah DNA mitokondria yang akan rosak, hasilnya menyebabkan kerosakan dan kematian sel.

Kesimpulan:
Setelah mengkaji seberapa banyak produk terkini yang canggih dari beberapa syarikat, saya telah menjumpai satu persamaan yang sangat difokuskan iaitu ANTIOKSIDA (antioxidant), anti oksida amat penting dalam kehidupan kita masa kini yang amat terdedah kepada unsur kimia atau radikal bebas seperti pencemaran udara dan minuman, pewarna dalam minuman dan makanan, asap rokok dan seumpamanya. Deewasa ini, ahli bioteknologi telah berlumba-lumba dalam mencari, mengenal pasti dan mengetengahkan sumber-sumber anti oksida yang boleh mendatangkan segala kebaikan kepada organisma hidup seperti manusia dan haiwan. Hasinya, kajian terkini telah membuktikan bahawa kulit manggis mempunyai xanthon iaitu sifat anti oksida yang tinggi berbanding dengan beberapa sampel buah-buahan yang lain. Oleh itu, disini saya ingin memperkenalkan Jus Manggis yang telah diakui oleh FRIM(Forest Research Institute of Malaysia). Seterusnya saya ingin memperkenalkan syarikat tempatan yang bertanggungjawab memperkenalkan Jus manggis iaitu Shamelin Bina SDN BHD.


PRODUK SHAMELIN (MANGOSTYN anti oksida)

Shamelin mangostyn juice (SMJ) merupakan minuman ANTIOKSIDA yang dihasilkan menggunakan teknologi menyeluruh buah manggis (isi+biji+kulit), ekstrak epal, ekstrak acai, ekstrak biji anggur, ekstrak delima, puri rossele dan jus epal. Ia dikali oleh penyelidik FRIM.

Komponen pemakanan buah manggis
• Serat, besi, kalsium, vitamin c,d,e, kalium, protein, fosforus, matrium, vitamin B2,B12,B2,B3,B6

1set=rm150/rm165(Sabah/Sarawak)
1botol=rm50/rm55 (Sabah/Sarawak)

KHASIAT DAN KEISTIMEWAAN MANGOSTYN JUICE (Dr. James Duke)
• Anti radang,
• Anti tumor
• Anti kanser
• Anti strok/Parkinson
• Anti fatigue (member tenaga)
• Anti bacteria, virus, kulat
• Anti depressant (tekanan dan stress)
• Anti diareal (cirit-birit)
• Menurunkan kolesterol
• Menurunkan darah tinggi (hiper tension)
• Menurunkan kandungan gula dalam darah
• Melindungi jantung
• Menyokong fungsi sendi dan tulang
• Mencegah penyakit tulang
• Anti penuaan
• Mengurangkan kesakitan saraf
• Menghalang penyakit berkaitan mata seperti ketarak
• Mengubati penyakit kulit seperti jerawat
• Menbabtu kesihatan gusi
• Melancarkan system penghadaman
• Mencegah sembelit
• Melicin dan mencantikkan kulit
• Merawat buasir

Apa kata pakar?

Dr. Sam Walters (Master Sains Biologi)
“Jika anda tahu apa yang saya tahu, anda tidak akan ke mana-mana tanpa jus manggis’. Antioksida adalah kunci sebenar pada masa hadapan untuk rawatan penyakit. Buah manggis mengandungi elemen-elemen yang mampu membantu memulihkan secara langsung kebanyakan penyakit yang wujud pada hari ini. Manggis adalah agen antioksida. Kulit manggis mengandungi ‘xanton’ yang berkesan untuk pengkulturan kanser payudara, kanser paru-paru, kanser perut dan leukemia. Jus manggis menjdi satu senjata untuk mengatasi kanser.

Dr. Albert Miller (pakar kesihatan keluarga)
Saya amat kagum pada kesan anti radangnya, pengurangan rasa sakit, amat ketara setelah mengambil jus manggis ini. Saya juga menberi pesakit yang mempunyai masalah kulit seperti eczema dan dermatitis, semua menunjukkan kemajuan yang baik. Masalah penyakit prostat pun sama. Khasiat terhebat daripada jus manggis ini,tentang penyakit autoimun, hasil hebat dapat diperolehi.

Apa kata testimony pengguna?

Haji Yusop Dahalan, Sg. Besar
“ saya berumur 72tahun, mempunyai masalah kencing manis >10 bacaan, darah tinggi serta sering mengalami sakit dada. Masalah telah berlanjutan dan saya telah mengambil bermacam-mcam ubat untuk mengatasi masalah ini tetapi tidak ada perubahan. Pada awal bulan 8 saya telah diperkenalkan produk jus manggis oleh seorang sahabat. Setelah saya mengambilnya 3 botol untuk mencuba, saya dapati masalah-masalah penyakit saya telah beransur-ansur berkurangan. Saya juga jarang mengalami sakit-sakit dada serta demam. Saya dapati kencing manis berada di paras 5-9 setiap hari, walaupun mengambil makanan karbohidrat yang lebih setiap hari. Di samping itu saya rasa sangat bertenaga dan rasa muda selalu”.

En. Khairullah,Klang
“saya mengidap penyakit Rheumatoid Arthritis (RA) sejak 5 tahun lalu, di mana tangan saya telah tidak dapat dubuka (kerekot). Sendi-sendi saya juga sakit untuk bergerak dan melakukan kerja berat. Saya telah mengambil bermacam-macam ubat untuk mengatasi masalah ini tetapi ianya masih berlaku sehingga saya terpaksa mengambil pil penahan sakit. Pada suatu hari saya telah terbaca khasiat jus manggis ini di Harian Metro. Setelah mengamalkan minuman shamelin Mangostyn juice ini selama seminggu, saya telah merasai kesannya. Pada asalnya sendi saya terasa sakit, air kencing kotor tetapi setelah itu sendi lutut saya terasa ringan. Saya juga boleh tidur dengan lena”.

Pn. Maheran, Penang.
“saya mengalami ketumbuhan di belakang kepala sejak 6 bulan yang lalu. Ketumbuhan tersebut menyebabkan kesan keradangan pada mata saya iaitu mata menjadi bengkak dan menjadi merah. Pada asalnya hanya menganggap sakit mata sahajatetapi lama-kelamaan bengkak tersebut tidak berkurangan, sehinggalah saya berjumpa doctor pakar dan beliau mengatakan terdapat ketumbuhan di belakang kepala saya. Seorang saudara saya telah mengesyorkan minuman jus manggis ini dan setelah minum 1 botol pertama saya rasa kesannya. Bengkak di dalam mata mula susut. Alhamdulillah”.

alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5349719340272017138" />
“Dalam kerjaya perubatan saya, saya telah mendapati bahawa kebanyakan cabaran dari segi kesihatan para pesakit saya adalah berpunca daripada bahaya radikal bebas dan kekurangan perlindungan antioksidan”.
• Marianne LaBarbera, Doktor Perubatan
• Presiden Terpilih New York State Akademi Doktor Keluarga
• Tersenarai dalam “Top 100 Doctors”, majalah New York
Untuk maklumat lanjut sila klik gambar ini

1 comment:

  1. thanks for the information. currently im doing research on antioxidant capacity from cosmos caudatus. hope content from your blog will benefits me. ;)

    ReplyDelete