Saturday, May 1, 2010

Isu Perjuangan Melayu/Islam Najib-Anwar-Ibrahim Ali Perlu Berdebat Posted on Saturday, May 01 @ 11:30:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh teori



Oleh: anak_muar

"Mencadangkan supaya diadakan sebuah Forum Debat/Hujah mengenai isu Melayu dan Islam. Tokoh-tokoh utama perlu ditampilkan dalam forum tersebut adalah Dato Seri Anwar Ibrahim mewakili PR,Dato Seri Najib Razak mewakili kerajaan BN dan Ibrahim Ali mewakili badan-badan NGO Melayu.

Forum Debat mengenai Isu Melayu dan Islam ini perlu diadakan bagi menunjukkan di antara ketiga-tiga tokoh ini siapa yang mempunyai hujah yang bernas dan mempunyai hala-tuju jelas.



Faedah dan kebaikan forum debat diantara ketiga tokoh ini adalah membolehkan orang Melayu dan umat Islam di Malaysia dapat menilai tokoh mana yang mempunyai ilmu pengetahuan Islam yang mendalam dan tidak memberikan hujah yang tidak berasas mengenai perkara kepentingan Islam dan Melayu seterusnya rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Laungan terhadap perjuangan Bangsa Melayu/Bumiputera dan Islam telah puluhan tahun kedengaran namun ia masih bersikap retorik.Apa yang berlaku terhadap nasib kaum Bumiputera dan Islam adalah sebaliknya.Akibat pemimpin Melayu terlalu bertelagah ditambah pula kepimpinan yang lemah membuatkan isu ini berterusan dan tidak mencapai matlamat.Berbagai langkah dan dasar telah diperkenalkan untuk membela bangsa Melayu namun ia tetap gagal.Siapakah perlu dipersalahkan?Pemimpin atau bangsa Melayu sendiri.

Isu orang Melayu dan Islam hanya terbit dari UMNO selepas PRU-12 dengan menyaksikan kerajaan BN yang diketuai UMNO gagal mendapat kuasa 2/3 dalam dewan rakyat apabila negara dilanda tsunami politik. UMNO menggunakan isu Melayu dan Islam bagi menunjukkan bahawa mereka adalah yang benar-benar berjuang dijalan yang betul.Semasa mempunyai kuasa sepenuhnya dalam dewan rakyat tidak kedengaran langsung isu Melayu dan Islam.Namun orang Melayu masih melihat UMNO sebagai tempat mereka berpaut walaupun pada hakikatnya semua itu hanya tinggal pada nama sahaja.

Orang Melayu mesti mencontohi kaum Cina dan India yang begitu cerewet memilih pemimpin dalam membawa hala tuju bangsa mereka.Kita dapat melihat selama ini cabar mencabar dikalangan pemimpin Melayu tidak kira dari pihak kerajaan mahupun pembangkang mengenai isu Melayu dan Islam.Tapi ianya masih gagal menjadi kenyataan.Mengikut fakta pemimpin Melayu dari pihak pembangkang yang sering mencabar pemimpin UMNO untuk berdebat tentang isu Melayu dan Islam namun UMNO hanya membisu dan menjawab di media pro kerajaan sahaja. Ketua pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim juga pernah mencabar Najib dan Muhyiddin untuk berdebat mengenai isu Melayu dan Islam apabila mendakwa DSAI sebagai pengkhianat Melayu namun mereka berdua hanya mendiamkan diri dan hanya yang melalak adalah pengikut UMNO bawahan yang tidak tahu apa-apa berkenaan isu tersebut.

Forum debat yang berjaya diadakan adalah Isu debat kenaikan Harga Minyak diantara Dato Seri Anwar dengan Dato Shabeery Chik.Pada Asalnya Anwar lebih mahu berdebat dengan PM ketika itu Pak Lah dan Najib tetapi UMNO hanya menhantar hulubalang yang bukan setanding dengan Anwar. Forum-forum berbentuk ilmiah perlu kerap diandakan dan perlu dijadikan tradisi dalam sebuah negara yang membangun.Di negara-negara barat forum debat presiden yang mahu bertanding telah lama diadakan supaya rakyat dapat menilai keupayaan pemimpin yang bakal mereka pilih untuk menerajui negara.

Dato Ibrahim Ali dinamakan supaya menyertai debat yang dicadangkan kerana beliau dilihat begitu ghairah dalam isu memperjuangkan isu hak bumiputera dan Islam semenjak PRU-12 lagi.Cara pendekatan beliau dalam membangkitkan isu Melayu dan Islam amat agresif.Walaupun beliau mendakwa dirinya bebas tetapi tindak-tanduk beliau banyak menyokong UMNO dan sering menyokong dasar UMNO.Jika Ibrahim Ali ingin menjadi ahli politik bebas pastikan beliau berada pada landasan pemimpin yang bebas dan tidak berpihak-pihak.Beliau jelas memusuhi PR dan menyokong UMNO walaupun jasa PAS membenarkan beliau bertanding menggunakan lambang PAS.Oleh itu orang Melayu perlu menilai sejauh mana hebatnya Ibrahim Ali dalam memberi hujah mengenai isu Melayu dan Islam.JIka forum debat yang dianggotai ketiaga-tiga tokoh ini pasti ia akan memberikan kesan yang baik terhadap rakyat Malaysia khususnya umat Melayu dan Islam dalam hala tuju Malaysia sebagai negara bangsa yang mempunyai pelbagai kaum dan agama.

No comments:

Post a Comment