Monday, April 26, 2010

PERKASA ADA PEMIMPIN AUTA

UMNO, Perkasa, Raja Katak dan Melayu...
Setelah sekian lama UMNO membuai umat Melayu dengan 'lagu Melayu', tiba-tiba muncul sang Perkasa pula mahu menjadi hero Melayu. Lebih melucukan bila mana Perkasa seolah-olah mahu tunjuk gah semenjak demonstrasi mengecam Guan Eng di Penang bulan lalu. Loya tekak ni melihat gelagat Raja Katak dan NGO pimpinannya. Tak habis-habis dengan Melayu dan keris... Kau orang bawaklah keris tu masuk dalam kubur dan tunjuk kat Munkar Nankir sebagai bukti pejuang Melayu tulen... Keranda kau orang pun cop dengan lambang keris.

Kita boleh faham apakah tujuan Raja Katak Malaysia ni beriya-iya sangat menggunakan platform NGO ini. Seluruh tanahair sudah begitu kenal dengan si Bapak Munafiq Melayu ni. Dulu sewaktu zaman Mahathir, si katak ni bukan main mengampu lagi UMNO. Lepas tu UMNO tendang dia jadi bebas. Masa Pak Lah memerintah, bukan main lagi dia hentam Pak Lah dan UMNO. Sebelum menjelang PRU12, dia tunjuk alim dan berbaik dengan pimpinan PAS Kelantan. Rupanya 'baik' itu ada makna.

Menjelang PRU12, si Raja Katak ini memohon jasa baik PAS Kelantan agar membenarkannya bertanding satu lawan satu dengan BN atas tiket Bebas tapi menggunakan lambang PAS. Atas prinsip dan dasar Islam yang menjadi pegangan PAS, akhirnya PAS Kelantan merestui permintaan si katak ni dengan husnul dzan (baik sangka). Bukan setakat itu saja malah YDP PAS Pasir Mas, Ustaz Ismail Noh sanggup menarik diri bagi memberi lalu kepada manusia tak guna ni.

Belum pun sampai setahun usia PRU12, si Raja Katak ini sudah mula menunjukkan belang kemunafiqannya bila mana menghentam PAS secara terang-terangan di dalam ceramahnya.

Inikah jenis manusia yang kita mahukan sebagai pemimpin? Jika dia sanggup mengkhianati rakan yang pernah menghulurkan pertolongan sehingga berjaya ke Parlimen, jangan mimpilah Perkasa yang dipimpinnya mampu membela Melayu.

Semuanya ini adalah gimik dan tipu-daya si Ibrahim Ali. Dia hanya memperalatkan Perkasa sebagai platformnya untuk mendapat tempat semula dalam UMNO. Kita tunggu dan lihat saja apa yang akan berlaku nanti bila PRU13 semakin dekat.

Si katak ni hanya menunggu saja Najib buka mulut mempelawanya kembali pada UMNO dan menjanjikannya jawatan dalam Kabinet. Perkasa hanyalah sebagai instrumen untuk mempopularkan dirinya di kaca mata orang Melayu.

Memang tak dinafikan, selagi mana mentaliti umat Melayu berada di takuk lama dan ditambah pula fahaman sesat sekular masih bersarang dalam jiwa, maka selagi itulah NGO seperti Perkasa ini akan dilihat macam beriya-iya benar nak bela bangsa Melayu. Lalu, umat Melayu terus berharap dan mengharap agar ianya menjadi kenyataan... Hujungnya ditipu lagi. Lepas tu wujud pulak NGO lain nak jadi hero Melayu. Nama pun lain... bukan lagi Perkasa tapi Raksaksa....

Bagi saya, Ibrahim Ali ni umpama besi buruk yang sudah lama diletakkan di pusat kitar semula. Namun oleh kerana badan 'kereta buruk' UMNO sudah terlampau uzur, maka dikutiplah juga besi buruk ni untuk menampal badan yang sudah berlubang.

Di mana letaknya minda dan kewarasan kita ?

Pernahkah kita bertanya kenapa setelah 52 tahun UMNO memerintah namun nasib bangsa Melayu tetap tidak berubah. Masih ditakuk lama malah semakin buruk lagi dengan pelbagai masalah sosial, maksiat, jenayah dan murtad.

Pemimpin UMNO selalu sebut yang UMNO telah berjaya melahirkan Melayu jutawan dan korporat? Melayu mana yang dimaksudkan? Adakah orang Melayu yang di bawah atau golongan Melayu elit yang berada di sekeliling pemimpin atasan UMNO?

Adakah boleh kita katakan berjaya melahirkan Melayu korporat dengan melahirkan jutawan segera ? Jutawa 20% ? Jutawan AP ? Jutawan ahli keluarga dan kroni ? Lepas tu bila kompeni dah nak bankrap dan banyak hutang, wang rakyat yang jadi mangsa untuk operasi menyelamatkan syarikat anak-beranak, ahli keluarga dan kroni. Adakah ini yang dimaksudkan berjaya oleh UMNO ? Hanya orang yang paling bodoh dalam dunia saja boleh percaya dan termakan dakwaan sebegini.

Cara UMNO melahirkan jutawan 'kesayangan' mereka telah mengakibatkan ekonomi negara menjadi kacau-bilau. Wang rakyat dibazirkan sesuka-hati sehingga perbelanjaan melebihi kemampuan. Apa taknya jika projek yang bernilai RM40 juta, boleh jadi RM60 juta. Sebab RM20 juta akan dibahagi-bahagikan kepada parti-parti komponen BN dan selebihnya masuk ke kocek tuan-punya syarikat yang dikurniakan projek. Yang performs projek bukan mereka tapi diserahkan kepada kontraktor Cina.

Cuba tanya kat Ibrahim Ali, berapa juta dia dapat daripada projek pembinaan jambatan Pasir Mas sewaktu beliau menjadi Timbalan Menteri di zaman Mahathir ?

Sebab itulah si Raja Katak ni tak pandang pun elaun Parlimen kerana duitnya dah melambak dalam bank. Saham judi lagi entah berapa juta. Patutlah si Raja Katak ini tak dapat hidayah Allah untuk menyertai PAS sebab ada saham judi.

Perjuangan Melayu

Kenapalah kita yang mengaku Islam masih lagi dok percaya dengan fahaman songsang Assobiyah (kebangsaan) ini. Takkanlah kita nak biarkan diri terus-menerus jahil dari dulu, kini dan selamanya.

Islam tidak pernah mengajar kita untuk memperjuangkan bangsa. Lupakah kita bahawa Allah SWT memang sengaja menciptakan manusia ini terdiri dari pelbagai bangsa dan warna kulit. Juga memerintahkan kita agar saling berkenalan antara satu sama lain. Yang membezakan kita di sisi Allah ialah siapa yang beriman kepada-Nya atau tidak.

Rasulullah S.A.W. sendiri pernah bersabda "Barangsiapa yang berjuang atas dasar Assobiyah, maka mereka bukanlah dari kalangan kami."

Dari maksud Hadis ini jelas kepada kita perjuangan atas dasar bangsa ditolak oleh Islam. Jadi, apa bodohnya kita boleh terus terpedaya dengan laungan UMNO dan Perkasa ini.

Hari ini kita sendiri boleh lihat bagaimana Allah SWT hinakan orang Melayu. Cuba kita tanya, siapa yang menjuarai penagihan dadah, gejala maksiat, kerosakan akhlak, kemiskinan. Siapa yang memenuhi sebarang pertandingan di pentas-pentas hiburan anjuran TV dan Astro ? Lihat sendiri bagaimana gelagat artis Melayu di belakang tabir ? Dan banyak lagi senario mengaibkan yang melibatkan Melayu...

Persoalannya sekarang ialah kita sendiri. Mengapa kita yang Islam ini masih degil dan tak mahu melakukan hijrah dengan kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Tidak cukupkah lagi segala masalah dan kerosakan yang sedang melanda orang Melayu hari ini. Lupakah kita dengan kisah kaum 'Ad yang dimusnahkan oleh Allah ? Lupakah kita bagaimana ratusan ribu rakyat Aceh mati serta-merta dalam ombak Tsunami ?

Ingatlah, jangan sekali-kali kita mengundang dan menambahkan lagi kemurkaan Allah dengan terus-menerus membiarkan UMNO memerintah negara. Percayalah segala propaganda UMNO dan Perkasa yang nak membela Melayu itu hanyalah gimik dan penipuan semata-mata bagi melenakan terus orang Melayu yang telah lama tersesat jalan akibat berkiblatkan fahaman sekular Kristian bawaan UMNO.

Selagi mana kita tidak kembali kepada ajaran Al-Qur'an dan Sunnah secara menyeluruh, maka selagi itulah Allah SWT akan menghina dan melaknati kita semua dengan menurunkan pelbagai bala' dan kesusahan sebagaimana yang sedang dialami oleh majoriti orang Melayu ketika ini.

Bagi saya UMNO, Perkasa dan Ibrahim Ali tidak ada bezanya. Nama saja berbeza tetapi mereka lahir dari perut sekular yang sama.

Wassalam.

Author: monaz

Date: 2010-03-28 00:48:00

Source: UMNO, Perkasa, Raja Katak dan Melayu...

URL: http://monazmuslim.blogspot.com/2010/03/umno-perkasa-raja-ka...

No comments:

Post a Comment