Sunday, August 9, 2009

Bala Bertimpa Sebagai Ingatan


Berita Harian



Khamis, 06/08/2009



Jerebu burukkan Influenza A
BANDAR SERI BEGAWAN: Kementerian Kesihatan bimbang jerebu yang melanda seluruh negara ketika ini berkemungkinan memburukkan penularan wabak Influenza A (H1N1) dalam komuniti.
Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata penghidap asma yang kerap mengalami kesukaran bernafas adalah antara yang tersenarai dalam kumpulan berisiko tinggi dan mendedah kepada jangkitan H1N1.
"Saya harap mereka yang menghidap asma atau sebarang masalah berkaitan pernafasan supaya membataskan pergerakan dalam suasana berjerebu seperti sekarang dan segera mendapatkan rawatan jika dilanda demam, selesema serta batuk.
"Kementerian juga sudah mengarahkan doktor terutama di hospital dan klinik swasta supaya meningkatkan tahap kecurigaan ke atas mereka yang datang mendapatkan rawatan.
"Maknanya, jangan anggap selesema atau demam sebagai perkara biasa. Ambil langkah sewajarnya dan lakukan pemeriksaan teliti seolah-olah mereka dilanda jangkita H1N1.
"Sekurang-kurangnya, kita mengambil langkah berjaga-jaga dan sikap itu boleh membantu mencegah penularan H1N1," katanya pada sidang media di The Empire Hotel and Country Club di sini, semalam.
Beliau adalah antara lapan Menteri Kabinet yang menyertai rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bagi menghadiri Rundingan Tahunan Malaysia-Brunei ke-13 di Istana Nurul Iman, semalam.
Liow turut mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya dari Brunei, Pehin Datuk Suyoi Osman.
Wabak H1N1 di tanah air dilaporkan semakin serius, dengan empat kematian terbaru dilaporkan semalam, masing-masing tiga di Melaka dan satu di Batu Pahat.
Lebih merumitkan keadaan, kualiti udara di seluruh negara dilaporkan berada dalam keadaan tidak memuaskan sejak kebela-kangan ini.


......................................................................................................


Artikel di atas telah menyedarkan saya betapa kita sebagai manusia terlalu lemah dan dhaif, walau secanggih mana teknologi di capai tetap tidak akan mampu menahan segala bala dariNya, semoga kita semua mendapat keampunan dari Allah SWT.

No comments:

Post a Comment